THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, January 7, 2010

ukur jeans di badan sendiri

Kali ini aku nak kongsi pulak al-kisah jin!
Haha..
Bukan la..
Jeans..
Okay, jeans memang 'popular' dalam kalangan lelaki mahupun perempuan..
Jeans hari ini telah direka dalam pelbagai potongan contohnya..
straight cut, boot cut, carrot cut, etc..
Pemakaian jeans bukan sahaja terbatas tapi, jeans memang sesuai untuk di pakai terutamanya masa waktu santai korang..
Tapi betul ke jeans yang korang beli tu sesuai untuk potongan badan korang..
Jadi,pemilihan dan pembelian sehelai jeans korang akan menjadi lebih mudah kalau jeans yang korang sarung itu,sempurna dengan tubuh..Jadi korang senang la nak pilih jeans bila dah ada sedikit pengetahuan..hehe..
Tak da lar terkial-kial nanti..Ambil,bayar,sarung!



Jenis potongan jeans

1. Low rise
Jeans low-rise terletak dibawah garis pinggang. Jeans jenis macam ini terdapat dalam potongan straight cut, slim fit, bootleg, dan wide leg. Jika tidak mahu bahagian perut terliat, padankan jeans low-rise korang dengan kemeja yang sedikit panjang, dan kalau korang nak tampil dengan lebih rileks @ santai padankan dengan kameja-T

2. Wide leg
Lazimnya jeans jenis ini terletak pada garis atau sedikit di bawah pinggang.
Bahagian punggung dan peha lebih longgar.Biasanya jeans ini mempunyai poket yang dalam dan besar. Jeans jenis ini juga berpotongan lurusdan tirus dari bahagian peha ke pergelangan kaki.

3.Flare cut
Jeans ini terletak pada garis pinggang dan lebih longgar. Jenas flare cut biasanya direka untuk dipadankan dengan cowboy boots.Jeans jenis ini sesuai dipakai untuk apa-apa jua acara.
Hmm..kenapa panggil flare..?Sebab rekaan jeans ini lebih lebar.

4.Straight cut
Potongan jeans jenis klasik ini biasanya akan jatuh atau terletak pada garis pinggang. Straight cut akan kelihatan lebih slim pada bahagian punggung dan peha. Bila korang pakai jeans jenis ini, ia akan menonjolkan potongan badan dan kaki kelihatan yang lebih panjang.(tak percaya..?cuba dulu..)


So, dah!
Tutup laptop, shopping!!
Haha..

0 comments: