THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, February 11, 2010

Lepak-lepak

Hallo!
Wow! Nak dekat sebulan aku tak update blog aku yang serabut ini..
Haha.. Bukan apa la..
Lappy along aku bawa balik hostel.. Akak aku pulak bawa balik uniKL..
Nak pergi cc tiroi malas..
Ye ar sebab budak-budak lepak kat situ nak main game..
Buat sakit telinga ak je! Hish!
Okay.. Cool!
Aku nak cerita sikit masa aku lepak sehari kat Bukit Bintang (B.B) dengan along..
Tujuan aku pergi b.b saja-saja nak buang mase..
haha..
Tak da lah..
Along nak beli gitar.. Jadi aku temanlah dia.. Yela.. aku kan adik dia..
Aku dengan along naik train, sampai kat Serdang, kawan along, Apit jemput kami..
~teruskan misi mencari gitar~
Kita orang jalan punya jalan perut pun dah terasa lapar..
So, kita pun cari la tempat makan..

Masa nak seberang jalan tu..aku ternampak pula 'Goldman'
Konon-konon tak nak bergerak lah dia..
Tapi bila hujan dah mula nak turun...
Hah! ambik kau! Terus berlari dia..
hahaha..X payah bayar duit pun..automatic..!haha

Kita orang teruskan perjalanan cari tempat makan..
~jumpa kedai makan, dan terus makan sebab lapar!~
Masa nak balik tu,, ada pula orang tengah basking..
Aku pun terus snap gambar dia orang sambil berjalan haha..
Ni dia..

Then, aku pun terus kan perjalanan dengan along untuk pulang ke rumah..
Hehe..
Inilah wajah selepas dapat gitar..haha

Friday, January 8, 2010

makan semut

'boring la..nak update blog,nak on9 myspace,facebook..etc
Ini monolog aku depan laptop..
Sebab terlalu  bosan petang ini macam-macam aku pikir dan sampai cakap sorang-sorang..
Tiba-tiba, aku lapar..
Macam biasa aku pergi dapur n bukak peti ais yang mcam tongkang pecah..
Nampak Oreo yang membuatkan aku meleleh, aku pun apa lagi capai ar bende tu..
Aku pun bukak la oreo tu n makan depan laptop..
Sementara aku update 'benda-benda' ni aku makan oreo n letak bungkusan yang lain tu kat tepi aku..
Lepas je beberapa minit,aku ambik la balik oreo tu..
Aku bukak bungkusan oreo tu (tak tengok,sebab mata menghadap latop,) dan terus, ngaaappp!!
Tiba-tiba aku rasa macam..***
Susah untuk aku terangkan sebab..
Okay camni..
Bila aku terus je ngap oreo tu..aku rasa macam ade benda yang 'berkeliaran' dari dalam mulut,kat bibir aku ni sampai kat dagu aku..
Ape lagi,aku tengok kat bungkusan tu,,penuh dengan semut!!!!!
Tanpa membuang masa(cehh!!ayat b.m), aku ludah terus benda tu keluar dari mulut aku..
Aku pun tak sure sama ada semut tu dah 'jatuh' ke belum dalam perut aku atau belum..
Hahahah
Memang ngeri doh..
Patut la mak aku cakap, bila makan bace bismillah..
Bila makan, makan, jangan buat benda lain
Kan dah...
: )


Thursday, January 7, 2010

ukur jeans di badan sendiri

Kali ini aku nak kongsi pulak al-kisah jin!
Haha..
Bukan la..
Jeans..
Okay, jeans memang 'popular' dalam kalangan lelaki mahupun perempuan..
Jeans hari ini telah direka dalam pelbagai potongan contohnya..
straight cut, boot cut, carrot cut, etc..
Pemakaian jeans bukan sahaja terbatas tapi, jeans memang sesuai untuk di pakai terutamanya masa waktu santai korang..
Tapi betul ke jeans yang korang beli tu sesuai untuk potongan badan korang..
Jadi,pemilihan dan pembelian sehelai jeans korang akan menjadi lebih mudah kalau jeans yang korang sarung itu,sempurna dengan tubuh..Jadi korang senang la nak pilih jeans bila dah ada sedikit pengetahuan..hehe..
Tak da lar terkial-kial nanti..Ambil,bayar,sarung!



Jenis potongan jeans

1. Low rise
Jeans low-rise terletak dibawah garis pinggang. Jeans jenis macam ini terdapat dalam potongan straight cut, slim fit, bootleg, dan wide leg. Jika tidak mahu bahagian perut terliat, padankan jeans low-rise korang dengan kemeja yang sedikit panjang, dan kalau korang nak tampil dengan lebih rileks @ santai padankan dengan kameja-T

2. Wide leg
Lazimnya jeans jenis ini terletak pada garis atau sedikit di bawah pinggang.
Bahagian punggung dan peha lebih longgar.Biasanya jeans ini mempunyai poket yang dalam dan besar. Jeans jenis ini juga berpotongan lurusdan tirus dari bahagian peha ke pergelangan kaki.

3.Flare cut
Jeans ini terletak pada garis pinggang dan lebih longgar. Jenas flare cut biasanya direka untuk dipadankan dengan cowboy boots.Jeans jenis ini sesuai dipakai untuk apa-apa jua acara.
Hmm..kenapa panggil flare..?Sebab rekaan jeans ini lebih lebar.

4.Straight cut
Potongan jeans jenis klasik ini biasanya akan jatuh atau terletak pada garis pinggang. Straight cut akan kelihatan lebih slim pada bahagian punggung dan peha. Bila korang pakai jeans jenis ini, ia akan menonjolkan potongan badan dan kaki kelihatan yang lebih panjang.(tak percaya..?cuba dulu..)


So, dah!
Tutup laptop, shopping!!
Haha..

Tuesday, January 5, 2010

kenapa mesti hipokrit..?

Kenapa mesti hipokrit

Sebelum aku berceloteh panjang aku nak tanye korang satu soalan yyang agak 'psiko'..
Jawab dengan jujur dan ikhlas dari hati korang sendiri..
TOLONG..
Adakah korang semua HIPOKRIT..?
Dengan jujur dan telus serta hati yang iklas aku mengaku dengan jujur..aku hipokrit..
Haha..
Kenapa ye..?
Entah la aku pun tak tahu..
Tapi ape maksud sebenar hipokrit ni..?
Orang hanya tahu cakap,tapi dia orang tak tahu maksud yang tersurat..
Silap hari bulan,terkene kat batang hidung sendiri..
Aku pun masih cari jawapan yang sesuai, kenapa perlu hipokrit dalam hidup untuk mendapatkan sesuatu dan juga ketika melakukan sesuatu..
Aku tulis bende ni bukan lah suka-suka..
Tapi tiba-tiba je aku macam nak berkongsi dengan orang lain pasal sikap dan perangai manusia..
Sekali lagi..
Adakah korang sudah bagus @ benar-benar menjadi diri korang ketika membaca blog aku (ketika ini)?
Kadang-kadang, kita cuba 'control' perangai kita bila bercakap @ berkomunikasi dengan rakan-rakan, jiran dan orang yang berada di sekeliling kita..
Kalau dekat rumah, dengan mak n ayah mesti cakap sebagai anak yang soleh, kalau dengan kawan nak cakap 'mesti ada gaya',dengan orang yang tak kenal mesti nak control baeeekkk punyeee..
Hipokrit tak..?mengaku jelah korang pun cam tu..
Okay,berkomunikasi memanglah penting bagi mengelakkan orang menganggap kita ni kurang sopan..
Kita 'terpaksa' senyum dengan mereka..memandang mata mereka..melayan karenah mereka..dll..
Tapi, bagi aku ini jugak hipokrit..
Kenapa agaknye..?
Yelah, kita buat semua tu sebab hanya tak nak orang tu kecewa dengan kita..
Okay memang betol..Aku pun x suka kalau orang buat aku cam tu..
Tapi perlu ke kita ikut apa yang buku motivasi tu kata..

1.Apabila bercakap pandang mata rakan..
2.Senyum kepada mereka..
3.Berikan kata-kata perangsang
4.Sentiasa menjadi yang terbaik untuk mereka..

Belilah mana-mana buku motivasi..
Empat perkara diatas mesti ada kat dalam buku tu..
Confirm..!
Sikap @ perangai pula..
Bila keluar dengan kawan, mesti tiba-tiba nak tukar watak..
'Aku dah dewasa,so aku kena la berlagak dewasa dengan kawan-kawan aku'
Mesti ada kat dalam kepala korang kan bila keluar dengankawan-kawan..?
Jangan tipuu..!
Kenapa bila dengan kawa-kawan bercakap @ sikap nak kena ada gaya ha..?
Tak faham la..
Tapi yang peliknya,bila dengan mak dan ayah, semua itu hilang..
Lakonan semata-mata..
Aku PELIK~
Jadi korang jangan la cakap dengan kawan-kawan korang yang dia orang hipokrit..
Korang pun sebenarnye hipokrit..
Aku pun sama..!
Haha..
Daripada tak tahu apa-apa pasal blog ni, terus dah pandai nak cakap pasal HIPOKRIT
Hah! Hipokrit kan aku..?




;Sape hipokrit kat sini,tinggalkan comment!

Sunday, January 3, 2010

boring..bosan..bercerita



Malam nie aku tak tahu nak buat ape..
Aku nak cerita sesuatu,tapii..
Aku tak leh nak keluarkan idea..
Macam2 bende aku nak cerita..
Tapi korang nak dengar ke..?
Em..jap2,aku try 'perah' otak aku jap..(haha)

*Lepas beberapa minit*

Lepas je aku abes paper kimia(spm) ari tu..aku balek umah dengan hati yang riang dan gembira..
Haha..
Ye ar..aku da merdeka beb!!
X payah aku nak pikir bende2 tu lagi dah!
Formula algebraic formula,newton formula..e=mc2
Principle law..buoyancy force..
Ish!!
Macam2 lagi la..malas ar aku nak ingat..(tapi aku tulis gak!)haha..
Kalau setiap kali exam untuk paper science..(fizik,kimia,biology..)aku x penah nak lulus wei!!
Gilerr gempak aku cakap kat korang!!
Markah yang paling tinggi aku penah dapaatt..**%
Hahaha...
Sorii..sensot!!!
Xyah ar nak g taw!
Malooo doohh!!
Tapi aku teror add math!
*aku bukan nak cakap mailto:besar@%20bangga..
Kalau subjek math @ add math aku memng boleh carry on..
Tapi kalau cikgu2 aku bagi soaln kimia yang entah ape2 bende tu..memang aku tido..
Tapi xsemestinya aku x buat..
Aku copy and paste ar!
Yang jadi mangse,kawan2 aku yang teror dlm subjek ni..
Tapi bilerr tyme add math plakk,dorang la yang copy paste jawapan dari aku..
Haha..
Last,cikgu cakap..
"Kenapa jawapan awak satu kelas sama je..kalo sorang betul,senuanya betul,kalau sorang salah,semuanya salah.."
Time tu, kitorang dah pandang sesama sendiri..
Masing2 diam @ senyap!
Kentut angin kawan aku boleh dengar inikan pulak jarum peniti!!
Hahahaha..
Anyway..memang banyak doe kenangan kat skola..
Tapi sekarang aku x nak engat tu sume..
Kenape..?
Entah..!
Sekarang dah 2010..so, buang bende2 lame tu..
Hahah..lupe daratan doe!!
K ar..
Aku dah ngantok,,Nak tido ni..
Assalamualaikum..

Friday, January 1, 2010

Lelaki Kacak vs Lelaki Tak Kacak

Tahun baru,semangat baru,azam baru..pasangan pun nak baru gak..
Cakap pasal pasangan aku mention awal-awal,aku nie 100% SINGLE..(haha..)
Ok crita pasangan..aku nak pelik dan hairan la perempuan sekarang ni..
Owp.., Aku bukan nak cari gadoh dgn sesiapa tapi u'all tgk gurlz zaman skarang..(jgn mara ha..)
If they are finding 4 love,mereka akan cari lelaki yang 'ada rupa' ..
Tak salah..semua orang nak yang hensem(bagi wanita), dan cantik(bagi lelaki)~of course i am..
Tapi aku tgk,dorang terlalu desperate sgt sampai cari lelaki yg ensem untk tayang kat kawan2 dorg..
Engat lelaki ni anak patong..?
Kalo ada lelaki ensem ngorat dorang,mulalah tergedikz..kalo lelaki yg kureng ensem ni ngorat..
~'kau x layak jadi cowokku'!!(mungkin ini yang keluar dari mulut SESETENGAH gurlz kat luar sana tu..)
Mereka pandang lelaki yang kurang "rupa" ni sbelah mate je..
Tak boleh la macam tu..
Korang kenalah berkawan dengan dorang..
Bak kata pepatah melayu
"x kenal,maka x cinta"
So, bawak2 lah berkenalan dulu sbelum TERCINTA..(haha)
Kpd gurlz yang suka sangat bajet..stop dreaming la wei!!haha(apesal lak emo ni..?)
Aku malas nak cakap bnyk..korang bace je la "Andaian-andaian" ini..ok..

1. Kalau lelaki kacak: Pendiam
Perempuan akan cakap: "Peh! Cool gila mamat tu!"
VS
Kalau lelaki tak kacak: Pendiam
Perempuan akan cakap: "Eleh..perasan bagus la konon tu.."

2.Kalau lelaki kacak: Buat jahat
Perempuan akan cakap: "Nobody perfect. Handsome tak semestinya baik."
VS
Kalau lelaki tak kacak: Buat jahat
Perempuan akan cakap: "Sepadan betul dengan muka dia yang macam pecah pintu tu!"

3.Kalau lelaki kacak: Menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan cakap: "Aduhai,macho gilerr mamat tu.Macam hero filem!"
VS
Kalau lelaki tak kacak: Menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan cakap: "Ala saja nak tunjuk bagus la tu!"

4.Kalau lelaki kacak: Dapat kekasih cantik
Perempuan akan cakap: "Bagai pinang di belah dua! So sweet!!"
VS
Kalau lelaki tak kacak: Dapat kekasiah cantik
Perempuan akan cakap: "Like beauty and the beast! Mesti lelaki tu calit minyak dagu!"

5.Kalau lelaki kacak: Ditinggalkan kekasih
Perempuan akan cakap: "Jangan bersedih sang teruna, adinda sudi menjadi penggantinya.."
VS
Kalau lelaki tak kacak: Ditinggalkan kekasih
Perempuan akan cakap: "Emmmm...no comment".(dengan mimik muka yang memerli)

6.Kalau lelaki kacak: Menyayangi kanak-kanak
Perempuan akan cakap: "Alahai..cair hatiku. Memang si dia ada ciri bapa mithali.."
VS
Kalau lelaki tak kacak: Menyayangi kanak-kanak
Perempuan akan cakap: "Alamak..nak menunjuklah tu.. Kononnya sayang, belakang-belakang agaknya budak tu ditangannya."

7.Kalau lelaki kacak: Memandu kereta mewah
Perempuan akan cakap: "Sudahlah handsome, bawak kereta mewah pulak tu..Alamak bertambah tergodalah i..
VS
Kalau lelaki tak kacak: Memandu kereta mewah
Perempuan akan cakap: "Bang, kereta pinjam ke tu?Mesti bos abang yang punya kan?"

8.Kalau lelaki kacak: Tak mahu bergambar
Perempuan akan cakap: "Mesti dia takut ada mana-mana perempuan yang akan jampi dia melalui gambar. Ini bagus untuk langkah keselamatan"
VS
Kalau lelaki tak kacak: Tak mahu bergambar
Perempuan akan cakap: "Tak payah bergambar pun x ape,buat spoil je.."

9.Kalau lelaki kacak: Menuangkan air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: "Memang gentlemen la mamat tu.."
VS
Kalau lelaki tak kacak: Menuangkan air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: "Alah setakat nak bantu saja kan..normallah tu.."

10.Kalau lelaki kacak: Bersedih hati
Perempuan akan cakap: "Let me be your shoulder to cry on.."
VS
Kalau lelaki tak kacak: Bersedih hati
Perempuan akan cakap: "Alamak! Tak macholah menangis. Bertambah tak handsomelah kalau menangis!"
VS
Gambar kat atas..
Mane yg korang boleh pilih..
Muka Jim Carey buruk x semestinya jahat..
Muke Zac Efron kononnye "Kacak" x semestinya baek..
So,bak kate Nabil Raja Lawak-Lu pikir lah sendiri!!
p/s:muke aku iras2 Zac Efron..hahahaha
~jangan banned aku disesbabkan article ni..haha

malam sambut new year!


Malam tadi aku ngan fmly aku smbut thn baru 2010..
Nak tahu kita orang sambut kat mane..??
Jeng..jeng..jeng..
Kat futsal..!!
Hahah..
Hazlan Indoor Soccer..(H.I.S)
Kita orang pun suka2 je..
Tapi malam tadi aku rase bangge sebab aku jadi goal keeper yang HEBAT!haha
Bape kali aku tangkap bola..
Sumenye sipi2 lagi nak masuk goal!
Lepas maen futsal,kita orang pegi makan kat NS Corner..
Memang hangin aku kat kedai makan tu..
Da la kedai ramai..
So aku pun bertindak la nk tolong susun meje spya kita org cepat duduk..
Alih2,'worker' kat situ marah,dia ckp jgn alihkan meje..
Kita orang cume nk tolong aje,yg die x leh nak ckp baik2 ke ha..?!hampeh..
Tapi xpe la..sebab makanan kat situ sedap so,aku MAAFKAN worker 2..